Friday, April 22, 2011

Corat-coret Sambutan Hari Setiausaha


22 April 2011 (ari Jumaat), bermula seawal pukul 9.00 pagi kami berkumpul di pintu masuk koperasi DBP.  Setelah semuanya bersedia, hadiah2 telah dimasukkan ke kereta kami bergerak ke Tangling untuk sarapan pagi bersama. Dengan sarapan nasi lemak, riuh rendahlah suasana.  Tataplah gambar-gambar di bawah sepuasnya...







Selesai sarapan, kami bergerak pula ke Berjaya Times Square, di mana sambutan Hari Setiausaha kami akan diadakan dengan mengadakan perlawanan bowling, berkaraoke dan urutan refleksologi.


Ni ahli Kumpulan 3 yg jadi juara






 

Deretan hadiah-hadiah







PROGRAM HARI SETIAUSAHA DBP IBU PEJABAT
PADA 22 APRIL 2011 (JUMAAT)
DI BERJAYA TIMES SQUARE

MASA
PROGRAM
8.45 pagi
:  Berkumpul di pintu masuk utama Kedai Buku DBP
9.00 pagi
:  Bergerak ke Warung Nasi Lemak Tangling
10.30 pagi
:  Bergerak ke Times Square

:  Pertandingan Bowling (Level 5)
   **Sila bawa stoking

:  Makan Tengah Hari di Johny’s Restaurant (Level 3)

:  Karaoke di Neway (Level 4)

:  Reflexology


Tuesday, April 12, 2011

Kenduri sana sini.....

26 mac balik kampung abang, kenduri kahwin anak saudara Mus.  Di sinilah bertemu dengan rakan lama yang dah lebih 30 tahun tak jumpa, Ina bersama maknya Acik Saadiah dari Ponsun.  Aduh.. rindunya pada mereka yang begitu baik sekali denganku suatu waktu dulu.  Tapi, dah lama terpisah, tanpa khabar berita.  Ari tu dptlah melepaskan rindu dan saling menyimpan contact masing2. 

2 April, kul 9.30 pagi kenduri cukur jambul cucu sulung jiran kami, Kak Rosnah.  Kumpulan kami (Wardah) dijemput berzanji dan berendoi.  Selesai acara, kul 11.15 pagi pergi pula ke Taman Bukti, rumah Pakcu, kenduri Tahlil dan baca Yasin untuk arwah Busu Hawa.  Di sini jumpa pula saudara-mara.  Semasa acara beginilah baru dapat jumpa saudara-mara.

10 April, kul 11.30 pagi kenduri baca yasin & tahlil rumah En. Riduan dan Kak Midah.  Pada 17 April ni akan berangkat mengerjakan Umrah.  Selamat berangkat Kak Midah.  Moga selamat pergi dan selamat kembali.  Doakan kami disini agar dapat menjejaki langkah Kak Midah.  Mudah2an.. Amin..

Sunday, April 3, 2011

REUNION BEKAS MURID SEK. MEN. RANTAU INTAKE 1975

Tanggal 26 Mac 2011, satu sejarah yang tidak dapat dilupakan.  Pertemuan bekas-bekas murid Sekolah Menengah Rantau intake 1975 telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Seremban.  32 tahun tidak bertemu setelah meninggalkan alam persekolahan, hari inilah bermulanya sejarah pertemuan kami yang pertama.  Walaupun yang dapat hadir hanyalah 13 orang, tapi inilah permulaan satu pertemuan.  Sesuai dengan perubahan masa, ada antara kami yang berubah rupa dan fizikal.  Adalah antara kami yang tidak mengenali antara satu sama lain.  Aduh, tergaru-garu kepala yang tak gatal mengingatkan nama teman-teman yang datang seorang demi seorang.

Antara teman-teman yang sempat hadir:  Nasir, Roslan
Ramli, Ghazali, Yazid, Amrah, Faridah, Norlida, Norisham, Fauziah
Zalida dan Sufiah

Pada pertemuan ini, kami sebulat suara melantik Sdr. Ramli Hassan untuk menjadi Pengerusi, Pn. Norisham Osman sebagai Setiausaha dan saya sendiri sebagai Bendahari.  Kami telah mengutip wang RM50 seorang untuk membiayai pertemuan ini dan pertemuan yang seterusnya.  Sdr. Zulkifli Mohamad yang tidak dapat hadir telah menyumbang sebanyak RM250.  Terima kasih Zul.  Diharap pertemuan yang seterusnya akan dapat hadir ye. 

Semua ahli yang hadir pada hari tersebut diberi tanggungjawab untuk mencari/mengesan rakan-rakan yang lain supaya dapat bersama pada pertemuan yang seterusnya.