Sunday, July 10, 2011

FESTIVAL BAHASA DAN SASTERA 2011

Festival bermula pada 4 Julai 2011 dengan Majlis Makan Malam di Dewan Bankuet.  Lebih kurang seramai 500  pelajar pelbagai kaum dari seluruh negara telah menghadiri majlis ni dengan tetamu kehormat, YB Senator Dato' Koh So Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Selesai majlis makan malam, kami meneruskan tugas urus setia sehingga jam 1.00 pagi.  Setelah selesai tugas barulah kami bergerak ke Wisma Belia untuk tidur..Aduh penatnya..
Pukul 6.30 pagi bergerak semula ke DBP untuk uruskan sarapan pagi dan memulakan acara festival. Pelbagai acara diadakan hari ini di sekitar bangunan DBP.  Antaranya Pertandingan Baca Puisi, Teka Kata, Debat, Koir dll.

MAKAN-MAKAN

Jumaat, 8 Julai 2011, grup setiausaha, kecuali Adirah, Nurazlina Hanim & Su yang tidak dapat bersama kami meraikan majlis sambutan Hari Jadi Pengerusi Kelab, Sdr. Fauzi, Kak Ah & Midah di Wong Solo Ayam Penyek, di Cheras, berhampiran dengan rumah Dina.  

Majlis ini juga diadakan bagi meraikan persaraan Kak Ah yang akan menamatkan perkhidmatan di DBP bermula pada 20 Julai yang akan datang ini.  Pertama kali kami meraikan rakan2 di luar premis DBP.  Seronok gak dapat makan-makan di luar dan mengorder bermacam jenis air.  Kami semua makan ayam penyek.  Kebanyakan kami minum air alpukat (Avocado).  Tapi kalau di Bandung, air ni lagi sedap dan ori dan manis.  Agaknya di sini, buah avocado yang dibuat air ni tak berapa masak lagi, rasa kelat.  Terpaksalah minta tambah coklat bagi menghilangkan rasa pahit tu.  Si Fauzi & Hadiah mengorder air poligami.  Hah..ha..seronoklah Fauzi minum air ni, mengancam tu.. Dina pula order air jagung.  Sedap gak katanya.  

Kak Midah tiba lambat, kerana tersalah tempat.  Sebab sederet dengan kedai ni ada juga kedai yang hampir serupa.  Lama juga dia menunggu kami di sana. Apabila kami tak timbul2, dia pun balik ke rumah maknya. Tak pulak dia telefon, bila kami tak sampai2.  Nasib baiklah rumah maknya tak berapa jauh dari kedai ni, sempat jugaklah dia join kami. 

Semuanya makan dengan berselera. Tetapi yang tak tahan pedas, berpeluhlah menahannya. Selesai makan-makan, tibalah pula acara penyampaian hadiah hari jadi dan juga hadiah persaraan untuk Kak Ah.  Hadiah dan Zarina beri hadiah sendiri kepada Kak Ah.

Selesai acara pemberian hadiah, kami semua bergambar beramai-ramai.  Kami bersurai lebih kurang pukul 3.00 petang.  Kebanyakan kami terus je balik rumah, sebab dah mendapat kebenaran bos untuk keluar.

Siti tumpang kereta Dina ke kawasan apartmennya.  Dari sana tunggu teksi ke stesen LRT Salak Selatan.  Telah dinasihatkan oleh kawan-kawan, tak perlu berpatah balik ke KL, takut jalan banyak tutup an kemungkinan bas ke Seremban dah dipindahkan sementara ke tempat lain oleh sebab perhimpunan Bersih akan diadakan esok di sekitar KL,  langkah pencegahanlah tu, supaya orang ramai takleh masuk KL. Ia ke rakyat takleh masuk KL.  Tunggu dan lihat ajelah apa yang akan berlaku. 

Dari stesen Salak Selatan ke stesen Chan Sow Lin untuk ambil Komuter ke Seremban.  Tetapi dah tersilap LRT, sepatutnya pergi ke stesen Bandar Tasik Selatan.  Apa nak buat, dah lama tak naik LRT, sesatlah gamaknya.  Terpaksalah berpatah balik.  Menaiki komuter sekitar jam 3.50 petang.  Aduh, penuhnya koc khusus untuk wanita.  Baru pertama kali naik semenjak diperkenalkan koc khusus untuk wanita.  Oklah bersesak-sesak pun takpelah, takde yang mengambil kesempatan.  Selamat sampai ke seremban sekitar jam 5.00 petang.

Sunday, June 19, 2011

Sukan Dalaman PUSPANITA

Sukan dalaman anjuran PUSPANITA DBP telah bermula pada 14 Jun 2011  dan berakhir pada 21 Jun 2011.  Antara acara yang dipertandingkann ialah dart, karom, dam ular, congkak dan batu seremban.  Acara ini terbuka kepada semua ahli PUSPANITA.  

Riuh rendah suasana apabila acara bermula seawal 12.30 tengah hari di Dewan Bankuet.  Pasukan kami - Jabatan Pengembangan & Pembinaan Bahasa & Sastera bergabung.  Acara yang telah selesai dipertandingkan ialah congkak dan batu seremban.  Acara batu seremban, pasukan kami menjadi juara.  Tahniah kawan-kawan.  Dapat juga menyumbang untuk pasukan. Bagi acara congkak, pasukan kami hanya mendapat tempat kedua.  Ok, not bad.  Tahniah juga untuk kita ye..


Untuk keseluruhannya Jabatan kami menjadi juara.  Tahniah!..tahniah!

Untuk tahun2 yang akan datang, jangan lupa jemput lagi ye..

Tuesday, June 7, 2011

REUNION KALI KE-2 SMR INTAKE 1975

Dalam sibuk2 kenduri kahwin sana sini, sempat juga kami berjumpa untuk kali kedua di Rumah Norisham Othman, Taman Paroi Jaya.  Itu pun sempena kenduri cukur jambul cucu sulung Norisham.  Kali ini hanya 9 orang aje yang dapat hadir.  Kami sempat berbincang untuk mengadakan dinner yang telah diputuskan akan diadakan pada 23 Julai 2011, seminggu sebelum menyambut puasa.  Ahli memutuskan supaya dinner ini turut dihadiri oleh pasangan.  Tempat akan dimaklumkan kemudian.

Saturday, June 4, 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA

Dah lama tak pergi jalan-jalan bersama keluarga.  Yelah masing-masing sibuk dengan kelas dan kerja.  Sempena cuti sekolah kali ini kami sepakat untuk pergi bercuti ke Pulau Redang.  Tambahan pula Shiqin baru je habis belajar.  Sebelum memulakan kerjaya, rehatlah dulu.  Namun, Aiman dan Aizuddin tidak dapat bersama kami kali ini.  Waktu kami memulakan perjalanan, Aiman dah mula masuk kelas semester ketiga di UiTM Kuala Pilah. Aizuddin pula tidak dapat cuti.   

Kami berempat ajelah yang pergi.  Perjalanan kami bermula seawal jam 8.30 pagi. Singgah dulu di Pejabat Pos Seremban melunaskan bil-bil yang perlu dijelaskan - elektrik, air, astro dsbnya.  Memasuki tol Seremban lebih kurang jam 9.00 pagi.  Lebih kurang dua jam perjalanan, kami singgah di Hentian Rehat Genting Sempah untuk sarapan nasi lemak yang kami bawa dari rumah.  Kami sampai di Kuala Terengganu lebih kurang jam 5.00petang dan menginap di Hotel City Point, berhampiran dengan Pasar Payang.  Sempat juga singgah di Pasar Payang untuk membeli jajan untuk dibawa ke Pulau Redang.  


Kami check out dari hotel pukul 7.15 pagi, meneruskan perjalanan ke Jeti Merang, yang mengambil masa lebih kurang 45 minit.  Selepas membayar parking kereta (RM10 sehari) dan sarapan pagi nasi lemak di restoran teratai, pukul 9.45 pagi kami menaiki bot ke Pulau Redang yang mengambil masa 40 minit perjalanan.  





Pukul 10.30 pagi kami sampai ke Mutiara Redang Resort, resort penginapan kami selama 2 malam nanti.  Oklah, sesuai dengan budget yang semurah RM360 seorang, pakej untuk 3 hari dua malam (termasuk bot pergi & balik, makan minum, penginapan dan snookling 3 kali).  Air dan roti bila2 masa je tersedia.  Untuk life jacket dan snokle sewanya RM 10 setiap satu bagi tempoh 3 hari. 




Kul 12.00 kami daftar masuk, nasib baiklah masih ada elektrik.  Sebenarnya di sini, jam 9.30 pagi hingga 12.30 t.h dan jam 2.30 - 5.30 ptg elektrik akan ditutup.  Masa ni acara snoocling.  Kebanyakan tetamu tiada di bilik.

Pukul 12.30 t.h. kami makan tengah hari di kantin dengan lauk ayam, ikan, sayur dan buah-buahan.  Oklah, sesuai dengan citarasa kami, tak perlu banyak2 lauk pun. 




Friday, April 22, 2011

Corat-coret Sambutan Hari Setiausaha


22 April 2011 (ari Jumaat), bermula seawal pukul 9.00 pagi kami berkumpul di pintu masuk koperasi DBP.  Setelah semuanya bersedia, hadiah2 telah dimasukkan ke kereta kami bergerak ke Tangling untuk sarapan pagi bersama. Dengan sarapan nasi lemak, riuh rendahlah suasana.  Tataplah gambar-gambar di bawah sepuasnya...







Selesai sarapan, kami bergerak pula ke Berjaya Times Square, di mana sambutan Hari Setiausaha kami akan diadakan dengan mengadakan perlawanan bowling, berkaraoke dan urutan refleksologi.


Ni ahli Kumpulan 3 yg jadi juara






 

Deretan hadiah-hadiah







PROGRAM HARI SETIAUSAHA DBP IBU PEJABAT
PADA 22 APRIL 2011 (JUMAAT)
DI BERJAYA TIMES SQUARE

MASA
PROGRAM
8.45 pagi
:  Berkumpul di pintu masuk utama Kedai Buku DBP
9.00 pagi
:  Bergerak ke Warung Nasi Lemak Tangling
10.30 pagi
:  Bergerak ke Times Square

:  Pertandingan Bowling (Level 5)
   **Sila bawa stoking

:  Makan Tengah Hari di Johny’s Restaurant (Level 3)

:  Karaoke di Neway (Level 4)

:  Reflexology


Tuesday, April 12, 2011

Kenduri sana sini.....

26 mac balik kampung abang, kenduri kahwin anak saudara Mus.  Di sinilah bertemu dengan rakan lama yang dah lebih 30 tahun tak jumpa, Ina bersama maknya Acik Saadiah dari Ponsun.  Aduh.. rindunya pada mereka yang begitu baik sekali denganku suatu waktu dulu.  Tapi, dah lama terpisah, tanpa khabar berita.  Ari tu dptlah melepaskan rindu dan saling menyimpan contact masing2. 

2 April, kul 9.30 pagi kenduri cukur jambul cucu sulung jiran kami, Kak Rosnah.  Kumpulan kami (Wardah) dijemput berzanji dan berendoi.  Selesai acara, kul 11.15 pagi pergi pula ke Taman Bukti, rumah Pakcu, kenduri Tahlil dan baca Yasin untuk arwah Busu Hawa.  Di sini jumpa pula saudara-mara.  Semasa acara beginilah baru dapat jumpa saudara-mara.

10 April, kul 11.30 pagi kenduri baca yasin & tahlil rumah En. Riduan dan Kak Midah.  Pada 17 April ni akan berangkat mengerjakan Umrah.  Selamat berangkat Kak Midah.  Moga selamat pergi dan selamat kembali.  Doakan kami disini agar dapat menjejaki langkah Kak Midah.  Mudah2an.. Amin..

Sunday, April 3, 2011

REUNION BEKAS MURID SEK. MEN. RANTAU INTAKE 1975

Tanggal 26 Mac 2011, satu sejarah yang tidak dapat dilupakan.  Pertemuan bekas-bekas murid Sekolah Menengah Rantau intake 1975 telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Seremban.  32 tahun tidak bertemu setelah meninggalkan alam persekolahan, hari inilah bermulanya sejarah pertemuan kami yang pertama.  Walaupun yang dapat hadir hanyalah 13 orang, tapi inilah permulaan satu pertemuan.  Sesuai dengan perubahan masa, ada antara kami yang berubah rupa dan fizikal.  Adalah antara kami yang tidak mengenali antara satu sama lain.  Aduh, tergaru-garu kepala yang tak gatal mengingatkan nama teman-teman yang datang seorang demi seorang.

Antara teman-teman yang sempat hadir:  Nasir, Roslan
Ramli, Ghazali, Yazid, Amrah, Faridah, Norlida, Norisham, Fauziah
Zalida dan Sufiah

Pada pertemuan ini, kami sebulat suara melantik Sdr. Ramli Hassan untuk menjadi Pengerusi, Pn. Norisham Osman sebagai Setiausaha dan saya sendiri sebagai Bendahari.  Kami telah mengutip wang RM50 seorang untuk membiayai pertemuan ini dan pertemuan yang seterusnya.  Sdr. Zulkifli Mohamad yang tidak dapat hadir telah menyumbang sebanyak RM250.  Terima kasih Zul.  Diharap pertemuan yang seterusnya akan dapat hadir ye. 

Semua ahli yang hadir pada hari tersebut diberi tanggungjawab untuk mencari/mengesan rakan-rakan yang lain supaya dapat bersama pada pertemuan yang seterusnya.

Monday, March 7, 2011

AIN MUSLIMAH SPA

Semalam, 6 Mac 2011, kul 7.00 pagi, selepas je sarapan abang dah gerak ke Pulau Tioman, ada worksyop hingga 8 Mac.  Tinggallah kami bertiga aje - Aiman & Ashraf.  Pagi lagi dah selesaikan semua kerja - cuci bilik air, menyapu, mop lantai, menggosok dsbnya.  Kul 11.30 dah selesai masak.  Wei, nak buat apa lagi ni... oleh kerana kebosanan, tak kan nak tidur pulak.. selepas je solat zohor, telefon Ain Muslimah SPA. Buat appointmen.  Sungguh bernasib baik, dalam kul 3 gitu ada kosong untuk buat facial.  Apa lagi, lum pun kul tiga dah ada kat SPA tu.  Mulalah operasi facial muka dari satu step ke satu step.. woi, lamanya dari jam 2.45 petang hingga 4.45 petang.  Bestnya dapat rehat gitu... berbaloi-baloi...terima kasih Lili atas layanan mesra mu.  Nanti akak datang lagi ye.. he..he..

Saturday, March 5, 2011

Mesyuarat Kelab Setiausaha & Sambutan Hari Lahir

Kelab Setiausaha kami telah mengadakan mesyuarat pertamanya dengan AJK yang baru pada 4 Mac 2011 di Beranda tingkat 30.  Dina dah jadi Setiausaha Kelab.  Tahniah.. Ada 9 org je yang hadir.. wei.. mana yg lain2 ni.  Ok takpelah, mungkin mereka ada hal. Tujuan utama mesy. ini diadakan adalah untuk membincangkan persiapan menyambut Hari Setiausaha yg. akan kami raikan pada 22 April nanti.  Semua ahli dah setuju utk ambil cuti pada tarikh berkenaan.  Kami akan mengadakan perlawanan bowling di Times Square.  Dah pun tau ahli kumpulan masing2.  Diah mmg beslah, awal2 lagi dah gi survey dan membuat prsiapan yg sepatutnya.  Terima ksh Diah.


Di samping bermesyuarat, kami juga meraikan rakan2 yg menyambut hari lahir bagi bulan Jan - Mac... Siti, Hadiah, Zarina & Dina.  Selamat hari lahir semua, moga sntiasa diberi kesihatan yg baik & hidup diberkati.  Layanlah gambar-gambar di bawah:



Sdr. Fauzi kekal jadi Pengerusi Kelab








Ok, kami akan bertemu lagi pada 22 April 2011 di Times Square.  Jumpa di sana..

Wednesday, March 2, 2011

Ujian-Mu

Balik dari Pulau Langkawi ari tu, tekak dah mula rasa perit.  Asyik minum air kosong je utk melegakan tekak ni.  Yelah ubat tak ada, malas nak gi klinik, dgn ngantuk lagi.  Ari Isnin tu pun buzy sgt dengan segala macam urusan bank, bayar duit keta lah, bayar kad kredit dan juga terpaksa idupkan lesen memandu yang berakhir hari tu.  Dah tu di pejabat pos org ramai, lambatlah selesai urusan.  Lepas tu kena balik kampung abang pulak, nak bayar duit upah kerja-kerja di kg dan juga bayar duit kutu.

Selesai semua urusan dan kembali ke rumah lebih kurang kul 3.00 petang.  Abang terus pegi ambik Ashraf di sekolah dan gi beli nasi lemak utk makan tengah hari, yelah mana sempat nak masak, dah lapar. Tekak bertambah perit.

Ari Selasa, gi keja.  Aduh!.. dah timbul batuk pulak.  Nasib baik abang ada bekalkan gula-gula sakit tekak. T/kasih bang...  legalah sikit.  Menjelang tengah hari, selsema pulak muncul, dengan keadaan bilik yang sejuk.  Semput jadinya..bos nasihatkan makan limau banyak2.  Yelah bos.. akan diusahakan.  Mintak2 jgnlah demam.  Esoknya, suarapun dah lain macam seksinya.  Semua kawan2 tegur, sedapnya suara...Abang belikan ubat yang lagi kuat penangannya.  Wei... tak sedapnya.  Makan nasi pun tak rasa apa.  ha..tu dia..sabar jelah. 

Sebelah petang, dalam perjalanan balik naik bas, Shima pulak bagi Woods' Pepermint Lozenges.  T/kasih Shima.  Budimu akan dikenang sentiasa.  Ni, baru sikit ujian yang Tuhan beri.. sabar.. sabar.. Ari ni dah beransur baik. Alhamdulillah.

Tuesday, March 1, 2011

Kursus Asas Keanggotaan Koperasi

24 Februari 2011, jam 10.30 malam bergeraklah rombongan ahli-ahli Koperasi Kota Mas, Telekom Negeri Sembilan ke Pulau Langkawi. Ahli rombongan terdiri daripada staf telekom dan juga yang membawa pasangan lebih kurang 30 orang.  Ok, selesalah jugak sebab bas tak penuh, adalah yang boleh duduk sorang-sorang.  Rombongan kami sampai di Hentian R & R Gurun lebih kurang pukul 5.30 pagi.  Kami berhenti rehat, mandi  manda dan solat subuh di sini.  Ada juga yang sempat sarapan.  Jam 7.00 pagi kami terus bergerak ke Padang Besar dan sampai di sana lebih kurang jam 8.30 pagi.  Alamak, cepatnya sampai... kedai tak ada yang bukak lagi.  Rounderlah dulu, sambil bergambar dan ada juga yang masih belum sarapan, mencari kedai yang baru dibuka untuk bersarapan. 



Sekitar jam 9.30 pagi, barulah ada satu dua kedai yang memulakan operasinya.  Kami pun, apa lagi terus ajelah terjah.  Tujuan utamanya nak cari jersey Ashraf.  Mula tu beli satu aje, jersey Malaysia, tapi dok tengah membeli tu, Ashraf telefon, minta lagi satu jersey Arsenal.  Wei.. banyak songellah budak ni.. Namun, kesian jugak kan.. dahlah kena tinggal... belikan jugak lah.  Di sini juga kami membeli Toto kain cotton yang dua-dua belahnya ada design yang siap ngan cadar dan sarung bantal sekali dengan harga RM95.00.  Murah jugalah jika dibandingkan dengan yang dibeli di Nilai 3 tempoh hari, RM150.00.  Ha... jauh jimatnya tu.. Sempat juga beli kacang gajus dan pitashio. Kawan-kawan yang lain ada juga yang beli beras Siam, murah katanya.




Kul 11.00 pagi, perjalanan diteruskan ke Jeti Kuala Perlis.  Fuyoo.. dah lama tak datang sini, kali terakhir lebih kurang 6 tahun yang lalu, feri yang ada sekarang besar-besar, yang muatannya lebih kurang 300 - 400 orang, tak sama dengan 6 tahun yang lalu.  Kami menaiki feri pukul 1.00 tengah hari dan sampai ke Jeti Pulau Langkawi pukul 1.45 t.h.  Dari sini kami menaiki bas persiaran ke Seaview Hotel.  Sesampai aje di hotel, kami diarahkan ke bilik kursus, di tingkat 1 hotel berkenaan.  Aduh!... tak sempat nak wat ape-ape lagi dah kena gi kelas.  Walau bagaimanapun, atas keprihatinan urus setia kursus, kami dibenarkan check-in dulu dan membersihkan diri.  Kul 3.00 petang, kami memulakan kursus hingga jam 4.30 petang. 





Selesai je kursus untuk sesi pertama tu, kul 5.30 petang kami pun gerak ke pekan Kuah dengan menaiki teksi dengan tambang RM6.00.  Dekat je pun, jalan kaki pun boleh.. tapi.. yelah tengah panas kan.  Kami survey barang apa yang patut nak dibeli.  Aduhai... mcm2 benda nak beli ni.. tapi duitnya ciput..  sabar..sabar..tengok2 jelah dulu ye...  Kul 7.00 ptg, akhirnya kami kembali ke hotel dengan hanya membeli pelbagai jenis coklat, antaranya ferraro roche, daim dan kissess.  Itu pun dah selesai rm300.. aduh!.. mcmana nak beli correlle ni...

Kursus kami diteruskan untuk sesi malam dan pagi keesokan harinya dan selesai dengan majlis penutup oleh Pengerusi Kota Mas sekitar jam 12.30 tengah hari.  Terima kasih kepada En. Airul, tenaga pengajar dari ANGKASA.  Dapat jugaklah sedikit ilmu tentang hak-hak sebagai anggota koperasi. 



Pukul 2.30 ptg. kami meneruskan operasi menjejaki Idaman Suri.  Hoi.. memang idaman pun..tapi lama gak termenung, tak tau nak beli apa.. yelah terlampau banyak idaman... lastnya beli sudu, garfu, senduk dan dulang melamin je untuk mak.  Eh lupa!, ada juga beli kuali non stick tu.  Dah tu aje.. Wei.. memang rasa tak puas hati.. takpe, esok masih ada. kan..

Esoknya, lepas sarapan pagi, pegi lagi ke pekan Kuah, tapi jalan kaki je lebih kurang 1 kilometer.  Niat hati tu nak jalan-jalan je... tapi apa nak dikata..nanti kompunan pulak kn.. beli gaklah beg roda besar dan kecil, tray untuk lauk/kuih yang 3 set tu, satu tray nasi, satu set pisau ngan bekasnya sekali.  Cantik2 lah tempat pisau tu, fesyen baru.  Ada juga tempat set garam, asam dsbnya..hoi cantiknya.. ikut ati semuanya nak beli.  Tapi tak dapeklah kan..mau bankrap den..cukup2lah tu.  Nak mengangkut ke feri nanti satu hal, lum lagi nak angkut ke bas.. wei mau semput bas nanti.. dah masing2nya memborong sakan.

Kul 12.00 t.h. kami check-out dari Seaview Hotel.  Naik feri kul 2.40 petang dan sampai ke Jeti Kuala Perlis Kul 3.30 ptg.  Kami meneruskan perjalanan ke Alor Setar dan singgah di Pekan Rabu.  Sempat juga membeli kuah rojak Mak Bee dan kuih loyang madu.  






7.15 ptg. kami terus gerak ke Seremban.  Dalam perjalanan bas kami berhenti juga untuk membuat apa-apa yang patut.  Dalam pukul 11.00 malam, kami sampai di R & R Sungai Perak.  Wah!.. dah cantik lah tempat ni.  Dah diupgrade, kedainya semua teratur aje.  Ada juga kedai yang beroperasi 24 jam.  Di sini kami membeli buah mangga dan jambu batu.  Ok, berakhirlah operasi beli-belah kami.  Naik bas, terus tidur hinggalah sampai Telekom Seremban kira-kira pukul 2.30 pagi.  Akhirnya dapat tidur pukul 3.30 pagi.  Wei, ngantuknya, terpaksalah cuti esok hari.. sory bos.. Terima kasih abang, kerana pelawa gi Langkawi, lain kali ajaklah lagi ye..he..he..bye..bye..

Jumpa lagi di entri yang lain.

Thursday, February 10, 2011

Jalan-jalan Kota Singapura

Rombongan Puspanita DBP ke Singapura & Johor Bahru
Tarikh:  1 - 3 Februari 2011
Peserta:  35 orang

Penginapan:  Hotel Selesa, JB

Perjalanan kami bermula jam 12.00 malam, 31 Januari 2010 dari DBP.  Pukul 4.30 pagi kami tiba di R & R Gelang Patah.  Setelah solat subuh dan sarapan, kami bergerak memasuki Singapura melalui imigresen Tuas.

 

 Anak-anak yang turut serta:  Shiqin, Aiman & Ashraf


Universal Studio
Antara teman-teman yang ikut serta - Aida, Ina, dan Suri